ABDUL RAHMAN BIN AUF ra.
Abdul Rahman Bin Auf adaltah
salah seorang sahabat Rasulullah
yang akrab. Beliau juga adalah
salah seorang sahabat Rasulullah
yang terkaya sebagaimana juga
halnya dengan Saiyidina Uthman
Bin Affan r.a. Menurut ahli
sejarah, Abdul Rahman Bin Auf
dilahirkan 10 tahun sesudah
tahun gajah dan beliau hidup
sebagai seorang pemuda Quraisy
dikota Mekah yang ketika itu
penuh dengan bermacam-
macam kemaksiatan jahiliah
berupa penyembahan berhala
maupun kejahatan-kejahatan
lainnya. Namun demikian Abdul
Rahman terhindar dan
bermacam-macam kejahatan
yang berleluasa ketika itu.
Bahkan sebelum memeluk agama
Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf
telah mempunyai anggapan
bahawa minuman arak itu
adalah terlarang.
Abdul Rahman Bin Auf telah
memeluk Islam sebelum
Rasulullah s.a.w memasuki Darul
Arqam lagi. Dengan hal demikian
nyatalah bahawa beliau
tergolong orang-orang Islam
yang permulaan dan menurut
riwayat beliau adalah orang yang
8 dan orang-orang permulaan
yang memeluk Islam. Adalah
diriwayatkan bahawa ibu Abdul
Rahman Bin Auf sesudah
mengetahui Abdul Rahman Bin
Auf memeluk Islam, iapun
berkata kepada anaknya, "Aku
akan berjemur dipanas matahari
yang terik di waktu siang dan di
waktu ma1am yang sejuk aku
akan bermalam diruang lapang,
hinggalah engkau mengaku akan
kembali semula kepada agama
nenek moyangmu. Dimikian
ibunya mengancam.
Sungguhpun begitu Abdul
Rahman Bin Auf tetap tegak
memeluk ugama suci dan
mencintai Rasulullah S.A.W.
Adapun nama asal Abdul Rahman
sebelum beliau memeluk Islam
ialah Abdul Ka'abah, tetapi
kemudian setelah Islam beliau
menukar namanya kepada Abdul
Rahman. Sebagai seorang
sahabat Rasulullah yang akrab,
Abdul Rahman mempunyai satu
keistimewaan yang khas iaitu
berjuang untuk menegakkan
ugama Allah bukan saja dengan
pedangnya bahkan dengan harta
dan kekayaannya. Beliaulah
antara para sahabat yang banyak
sekali mengorbankan
kekayaannya untuk
memperjuangkan kepentingan
Islam. Abdul Rahman pernah
membahagikan dua kekayaannya
untuk dibahagikan kepada fakir
miskin dan pernah pula
menyerahkan seluruh
kekayaannya untuk keperluan
sabilillah demi menegakkan
panji-panji Islam.
Ramai sahabat yang telah
memimpin penjuangan Islam
dan menyibarkan syiar Islam
yang berjuang sebagai panglima
atau sebagai pahlawan Islam
yang dikenal sejarah, tetapi
Abdul Rahman Bin Auf telah
melakukan kepahlawanannya
dengan jalan menyerahkan
seluruh kekayaannya dalam
menegakkan Islam.
Sebagai seorang Islam yang
permulaan, Abdul Rahman Bin
Auf juga telah mengalami
berbagai penderitaan dan
penyiksaan dari masyarakat
Quraish di Mekah. Oleh kerana
memandangkan keadaan kaum
Muslimin yang sangat sedikit itu
sementelahan pula mengalami
berbagai macam ancaman maka
Rasulullah s.a.w akhirnya telah
memerintahkan para
pengikutnya supaya melakukan
hijrah ke negeri Abbysinia
kerana menurut Rasul disana ada
sebuah kerajaan yang tidak
berlaku zalim terhadap
rakyatnya. Tidak lama kemudian
maka berangkatlah rombongan
pertama yang melakukan hijrah
yang terdiri dan 10 orang lelaki
dan 4 orang wanita dan 17
wanita serta anak-anak. Dan
diantara yang melakukan hijrah
yang terdiri dan 10 orang lelaki
dan 4 orang wanita lalu disusul
dengan rombongan kedua yang
terdiri dan 83 lelaki dan 17
wanita serta anak-anak. Dan di
antara yang melakukan hijrah
tersebut termasuklah Abdul
Rahman Bin Auf.
Tidak lama kemudian Abdul
Rahman Bin Auf dan beberapa
temannya telah kembali ke kota
Mekah sehingga sampai pada
waktu Allah s.w.t
memenintahkan kepada
Rasulullah s.a.w untuk melakukan
hijrah keYathrib( Madinah)
dilakukan Rasulullah sendiri dan
para sahabatnya dan diantaranya
termasuk juga Abdul Rahman Bin
Auf.
Setiba di Madinah sebagaimana
yang diperlakukan oleh Rasul
terhadap lain-lain sahabat dalam
rangka memberikan bantuan,
maka Abdul Rahman Bin Auf
telah dipersaudarakan oleh
Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi'
seorang daripada golongan
Ansar.
Demi kecintaan Saad Bin Rabi'
kepada saudaranya dan
golongan Muhajirin, beliau telah
mengatakan kepada Abdul
Rahman demikian antara lainnya,
"Saudara, ketahuilah bahawa
saya adalah seorang Ansar yang
banyak harta, dan kiranya
saudara sudi ambillah separuh
dan kekayaan saya itu. Saya juga
mempunyai dua orang isteri dan
kiranya Saudara sudi mana satu
antaranya, saya sedia
mencaraikannya supaya boleh
saudara mengahwininya.
Mendengarkan kata-kata
sahabatnya itu Abdul Rahman
Bin Auf seraya menjawab,
"Saudaraku, semoga Allah akan
memberikan berkat terhadap
keluarga dan hartabenda
saudara. Janganlah disusahkan
tentang din saya ini, yang
penting bagi saya ialah kiranya
saudara sudi menunjukkan saya
jalan menuju ke pasar.
Sungguh beliau memang
seorang pedagang yang
berbakat dan pintar. Dalam
sekejap masa saja beliau berjaya
menunjukkan keahliannya dalam
berdagang hingga berjaya
memperoleh harta yang banyak.
Beliau mempunyai 100 ekor
kuda yang dapat dipergunakan
dalam peperangan 100 ekor
unta dan 10,000 ekor kambing
sehingga diwaktu beliau
meninggal, tatkala dihitung
seperempat dan kekayaannya
menyamai jumlah 84 ribu dinar.
Akan tetapi disamping
kekayaannya yang melimpah-
limpah itu, bellau termasuk orang
yang paling dermawan dan
paling pemurah juga merupakan
seorang tokoh sahabat yang
paling banyak berbuat kebajikan
terhadap kaum fakir miskin.
Pada zaman Rasulullah S.A.W,
beliau pernah membahagikan
seluruh kekayaannya dan
menyerahkan yang sebahagian
itu kepada orang-orang yang
memerlukannya. Pernah terjadi
dalam satu peristiwa, Abdul
Rahman Bin Auf mengeluarkan
sedekah sekali duduk sebesar 40
ribu dinar, dan pernah ia
membiayai peperangan dengan
menyediakan perlengkapan
sebanyak 500 ekor kuda tempur
lengkap dengan senjatanya
pakaian makanan untuk
dipergunakan oleh para perajurit
dan juga dalam waktu yang
sama membawa konvoi
perbekalan yang diangkut oleh
500 unta.
Memandangkan jasa dan
pengorbanan menegakkan Islam
dengan hanta kekayaannya
Rasulullah S.A.W pernah
bersabda, "Abdul Rahinan Bin
Auf adalah saudagar Tuhan "
sebagai memujinya atas
peranannya menegakkan ugama
ALlah dengan harta kekayaan.
Dalam satu riwayat lain pula
Rasulullah pernah bersabda,
"Sesungguhnya mereka yang
memelihara keluarga saya
setelah saya meninggal dunia
adalah manusia yang benar dan
manusia yang mempunyai
kebajikan. Dalam hal ini Abdul
Rahmanlah salah seorang
sahabat yang menyahut seruan
Rasulullah s.a.w kerana beliaulah
yang menyiapkan kemudahan
untuk Ummul Mu'minin dalam
melakukan ibadah haji dibawah
lindungan beliau.
Disamping memiliki kekayaan
yang melimpah-limpah beliau
adalah seorang yang takut dan
benci kepada harta kekayaan
dan selalu menghindarkan din
dan penganuh kekayaannya.
Adalah diriwayatkan bahawa
pada suatu han Abdul Rahman
Bin Auf menangis tersedu-sedu
lalu ia ditanyai orang apakah
yang menyebabkan beliau
menangis itu, lalu dijawabnya,
"Sesungguhnya Mas'ab adalah
lebih baik daripadaku kerana ia
meninggal dunia di zaman Rasul
dan diwaktu meninggal dunia ia
tidak memiliki sepotong kain
yang dapat dijadikan kafan
untuk membungkusnya.
Sesungguhnya Hamzah Bin
Muttalib adalah manusia yang
lebih utama daripada saya
padahal ia tidak mempunyai kain
yang dapat dijadikan kafan
untuk memakamkannya. Saya
khuatir saya ini termasuk di
antara orang-orang yang
dipercepat untuk menikmati
kebahgiaan dunia fana ini dan
saya khuatir bahawa saya akan
tersisih daripada para sahabat
Nabi diAkhirat kelak disebabkan
kerana saya mempunyai banyak
harta. Dalam satu riwayat yang
lain pula diceritakan orang
bahawa tatkala Abdul Rahman
Bin Auf memberikan makanan
kepada tamunya beliau tiba-tiba
menangis lalu ditanyai orang,
"Mengapakah engkau menangis
hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab,
"Nabi telah wafat, sedangkan ia
dan keluarganya tidak pernah
kenyang oleh roti gandum.
Demikianlah jiwa Abdul Rahman
Bin Auf salah seorang sahabat
besar Rasulullah. Memandangkan
besarnya semangat
pengorbanannya itu maka
tidaklah hairan kiranya Rasulullah
s.a.w mengatakan bahawa Abdul
Rahman adalah di antara sepuluh
orang yang telah digembirakan
oleh baginda Rasul akan
memasuki syurga.
Dizaman Khalifah Umar Al
Khattab, Abdul Rahman Bin Auf
telah memperoleh kehormatan
dan keutamaan di sisi Khalifah. Di
zaman Khalifah, beliau pernah
dilantik oleh Khalifah Umar untuk
memimpin rombongan haji pada
tahun pertama setelah Saiyidina
Umar dipilih sebagai khalifah.
Malah beliau jugalah salah
seorang yang telah diwasiatkan
oleh Khalifah Umar Al Khattab
sebelum kewafatan beliau
menjadi salah seorang ahli dalam
majlis jawatankuasa di antara
enam orang anggota bagi
memilih calon khalifah yang akan
menggantikan baginda. Beliaulah
juga tokoh yang mengetuai
tugas untuk menentukan
siapakah yang bakal
menggantikan Khalifah Umar Al
Khattab sebagai khalifah ketiga
umat Islam yang akhirnya jatuh
ketangan Saiyidina Uthman Bin
Affan r.a.
Pada tahun 31 Hijrah, setelah
menempuh hidup didunia yang
fana mi selama 74 tahun,
berpulanglah tokoh sahabat
besar ini kerahmatullah. Dalam
usia 75 tahun. Dan sebelum
meninggalnya, Ummul Mu'minin
Aisyah telah menawarkan
bahawa jika ia menghendakinya
akan ditempatkan kuburannya
nanti di sisi kuburan Nabi, Abu
Bakar dan Umar r.a. Dengan
suara yang merendah diri ia
menjawab bahawa ia malu jika
diberi kedudukan yang
sedemikian tingginya untuk
berkubur di samping Rasul. Dan
ia juga menyatakan bahawa
dirinya telah terikat janji dengan
Uthman Bin Mazh'un bahawa jika
salah satu di antara mereka
berdua meninggal dunia lebih
dahulu, maka ia akan berkubur
di samping kuburan kawannya
yang lain. Jenazah beliau telah
dikebumikan di Baqi dan
disembahyangkan oleh Saiyidina
Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul
Awwam dan lain-lain tokoh
sahabat.